Kassim Ahmad Didakwa Atas Tuduhan Menghina Islam

Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 1:05 PM

kassim ahmad

Kassim Ahmad (kiri)

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad mengaku tidak bersalah pada Khamis di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya terhadap dua pertuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.

Kassim, 81, didakwa melakukan perkara itu dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8 di sini pada 15 dan 16 Februari lepas.

Bagi pertuduhan pertama Kassim didakwa membentangkan satu skrip ucapan bertajuk 'Ucapan kepada Konferensi Politik Nasional Untuk Menentukan Hala Tuju Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang' yang didakwa menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara mencemuh amalan yang berhubungan dengan Islam.

Bagi pertuduhan kedua beliau didakwa membentangkan skrip ucapan yang sama yang didakwa menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama, dengan mengingkari atau melanggar perintah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis atau Mufti melalui Fatwa iaitu Fatwa-Fatwa Wilayah Persekutuan berkenaan golongan antihadis.

Kassim dituduh mengikut Seksyen 7 (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 9 akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Syarie Ummamuddin Yunus menetapkan 7 April ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Kassim diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, dan beliau membayar ikat jamin itu.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syariah Wilayah Persekutuan Ibrahim Deris manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kassim yang tidak diwakili peguam, dalam usia 80 tahun, beliau kii tidak mempunyai sumber pendapatan dan tiada pencen serta terpaksa bergantung kepada tiga anaknya.

Hakim Umamuddin kemudian membenarkan permohonan sebutan kes pada 7 April.

Kassim kemudian membayar ikat jamin itu.

Tags / Kata Kunci: Dr Kassim Ahmad , Ummamuddin Yunus

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan