Karpal Singh Fail Notis Rayuan Berhubung Kes Hasutan - Berita Mahkamah | mStar

Karpal Singh Fail Notis Rayuan Berhubung Kes Hasutan

Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 12:23 AM

Karpal Singh.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Karpal Singh memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhi hukuman denda RM4,000 bagi pertuduhan menghasut kerana mempersoal tindakan Sultan Perak menggugurkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar pada 2009.

Peguam Zaleha Al-Hayat, yang mewakili Karpal Singh, ketika dihubungi berkata, notis itu difail di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi di sini Selasa.

"Salinan sudah diserah kepada Peguam Negara dan Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan," katanya.

Beliau memaklumkan sepucuk surat berkaitan dakwaan salah laku Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin pada 11 Mac lepas turut diserah kepada Tan Sri Abdul Gani Patail.

Katanya, salinan surat itu turut diserah kepada Noorin pada kira-kira 5 petang.

Karpal Singh, 73, didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah melakukan perbuatan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari 2009.

Dia didakwa mengeluarkan perkataan berbaur hasutan bahawa pengguguran Mohammad Nizar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baharu boleh dipersoal di mahkamah.


Tags / Kata Kunci: karpal singh , notis rayuan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan