Mahkamah Persekutuan Arah Bekas CEO Sime Darby Dibicara Atas Tuduhan CBT, Tipu

Diterbitkan: Isnin, 24 Mac 2014 7:36 PM

Datuk Seri Ahmad Zubair Murshid

Ahmad Zubair Murshid (tengah).

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memerintahkan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Datuk Seri Ahmad Zubair Murshid dibicarakan di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah jenayah dan menipu.

Panel lima anggota diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif membuat keputusan itu selepas sebulat suara menolak rayuan Ahmad Zubair bagi membatalkan kesemua pertuduhan terhadapnya.

Md Raus mengarahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk perbicaraan dan menetapkan 7 April sebagai sebutan kes.

Turut menganggotai panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Zainun Ali dan Datuk Mohamed Apandi Ali. 

Pada 17 Julai 2012, Ahmad Zubair, 56, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pindaan utama pecah amanah jenayah dana Sime Darby Berhad membabitkan projek pembangunan tanah adat Sarawak yang menyebabkan kerugian lebih RM100 juta.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Ahmad Zubair juga berdepan dua pertuduhan alternatif iaitu memperdaya anggota lembaga pengarah Sime Darby Berhad membabitkan projek sama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan di pejabat Sime Darby Berhad, Tingkat 21, Wisma Sime Darby, Jalan Raja Laut di sini antara 17 Nov 2008 dan 4 Disember 2009. 

Pada 15 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ahmad Zubair untuk membatalkan pertuduhan berkenaan.

Mahkamah Rayuan menolak rayuannya berhubung perkara itu pada 18 Julai tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Anthony Kevin Morais dan Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi mewakili pendakwaan manakala Ahmad Zubair diwakili sepasukan peguam diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan