Dua Lelaki Bebas Tuduhan Tipu Dan Rasuah

Diterbitkan: Isnin, 24 Mac 2014 7:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan seorang bekas pengarah syarikat broker insurans dan seorang lagi individu terhadap pertuduhan menipu, memberi rasuah dan menggunakan dokumen palsu membabitkan lebih RM80,000.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Azizulhisham Che Hashim, 43, yang pada masa itu merupakan pengarah Syarikat Sepakat Insurance Brokers (M) Sdn Bhd dan Mohd Yazid Abdul Samad, 43.

"Setelah mendengar, meneliti, serta menimbang segala keterangan saksi termasuk bukti keterangan dan hujahan yang dikemukakan, mahkamah melepas dan membebaskan kedua-dua tertuduh tanpa dipanggil membela diri," katanya.

Bagi pertuduhan pertama, Azizulhisham didakwa menipu Syarikat United Malayan Land Bhd (UML Bhd) dengan memperdaya syarikat itu supaya membayar premium insurans bagi Group Personal Accident dan Group Term Life bagi 2009 dan 2010 berjumlah RM69,208.67 melalui cek CIMB bertarikh 7 Jun 2010 kepada syarikatnya.

Bagaimanapun kutipan premium itu tidak dibayar kepada Syarikat Etiqa Takaful Berhad (Etiqa Takaful).

Azizulhisham didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Azizulhisham yang kini tidak bekerja, didakwa memberi suapan RM12,139.49 dalam bentuk cek kepada Mohd Yazid, pengurus akaun, Broking Department, Etiqa Takaful, sebagai upah untuk melupuskan pembayaran premium bagi 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Azizulhisham juga didakwa secara curang menggunakan dokumen surat Etiqa Takaful palsu bertarikh 1 Julai 2011 sebagai tulen iaitu 'Makluman Pembayaran Tuntutan Etiqa Takaful' kepada syarikat UML Bhd.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di pejabat Syarikat Sepakat Insurance Brokers (M) Sdn Bhd di Unit 2-3, Tingkat 2, Wisma Bandar, No.18, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini antara Jun dan Julai 2010.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, Mohd Yazid, pula didakwa bersubahat dengan Azizulhisham iaitu menipu syarikat UML Bhd dan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.

Mohd Yazid turut didakwa terhadap satu lagi pertuduhan iaitu memperoleh suapan wang daripada Azizulhisham dan didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah daripada SPRM manakala Azizulhisham diwakili peguam Mohd Faizal Abdul Rahman sementara Mohd Yazid tidak diwakili peguam.


Tags / Kata Kunci: mahkamah sesyen , rasuah

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan