Peniaga Dituduh Bunuh Wanita Perancis Diperintah Bela Diri

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 3:06 PM

Stephanie Foray.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat memerintahkan peniaga kecil Asni Omar membela diri atas pertuduhan membunuh wanita warga Perancis, Stephanie Foray di Pulau Tioman pada Mei 2011.

Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang didakwa berbuat demikian di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tekek.

Katanya mahkamah telah menilai sepenuhnya keterangan 44 saksi yang memberi keterangan antara 17 Mei hingga 20 Dis tahun lepas dan mendapati kredibiliti mereka tidak tergugat, nyata dan tidak janggal apabila disoal balas oleh pihak pendakwaan.

"Tertuduh juga telah membawa pihak polis ke lubang di dalam gua di mana mayat mangsa dijumpai dan turut menunjukkan tempat tertuduh menyimpan barangan kepunyaan mangsa di rumahnya di Kampung Tekek," katanya.

Mariana dalam hujahnya berkata darah mangsa turut dijumpai di dinding rumah tertuduh.

"Saya tidak melihat ada alasan yang menolak bahawa tertuduh memang bersama mangsa pada waktu tersebut," katanya.

Ibu Foray, Irene Mortel yang turut hadir di mahkamah dilihat menitiskan air mata setelah mendengar keputusan hakim.

Asni, 38 dituduh membunuh Foray di antara pukul 8 malam 10 Mei 2011 hingga 12 tengah hari 12 Mei 2011.

Dia didakwa menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 28 April hingga 9 Mei ini untuk mendengar hujah pihak pembelaan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah, Nor Azizah Mohamed dan Farhah Nazari manakala tertuduh diwakili oleh peguam Datuk Ng See Teong, Mohd Hisham Abd Rahim dan Ibrahim Kamaruddin.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan