Bekas Penolong Pengarah Pejabat Tanah Dihukum Penjara 18 Bulan Kerana Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 7:42 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang bekas penolong pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan denda RM25,000 atau 12 bulan penjara jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat kerana kesalahan menerima suapan RM5,000 kira-kira tiga tahun lepas.

Hakim Ahmad Sazali Omar mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas Lilyhanah Abdul Salam, 31, seorang penolong pengarah Unit Pengambilan Tanah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Melaka.

Tertuduh, seorang pegawai kontrak ketika itu, didakwa menerima suapan berjumlah RM5,000 daripada Tee Seng Hoo, menerusi orang tengahnya Toh Meng Leng, sebagai dorongan membantu mengelak tanah milik Tee di Mukim Sungai Udang daripada diambil semula. Ia didakwa dilakukan di hadapan Maybank cawangan Cheng, kira-kira jam 10.35 malam pada 8 Ogos 2011.

Dia dituduh di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali suapan atau RM10,000 mana-mana yang lebih tinggi.

Susulan permohonan penangguhan hukuman oleh peguam bela Damian Yeo, tertuduh perlu menjelaskan denda manakala hukuman penjara ditangguhkan sehingga selepas rayuan.

Selain Lilyhanah, seorang rakannya yang dituduh bersubahat, telah mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman pada 2012.

Ketika membacakan penghakimannya, Ahmad Sazali berkata penafian yang dibuat tertuduh semasa membela diri hanya merupakan satu penafian yang tidak logik.

"Kenyataan tertuduh bahawa dia hanya mengikut arahan seorang lagi OKT (orang kena tuduh) merupakan penafian semata-mata sedangkan SMS (khidmat pesanan ringkas) antara mereka jelas menunjukkan tertuduh mengetahui dan terlibat sama," katanya.

Sementara itu, dalam rayuannya, Damian memohon mahkamah mengenakan hukuman yang ringan terhadap tertuduh memandangkan dia telah dibuang kerja selain tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. 

"Pihak pembelaan setuju kepentingan umum melampaui kepentingan individu. Bagaimanapun, kami memohon tertuduh diberi peluang kedua memandangkan dia masih muda," kata Damian.

Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail, memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh sebagai amaran, integriti sebagai pegawai kerajaan dan pengajaran kepada masyarakat.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan