Pengarah Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Kemuka Dokumen Palsu

Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 2:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan projek bernilai RM4 juta daripada Kementerian Pendidikan pada 2012.

Tertuduh, Nik Mohd Suhaimi Ahmad Ghazali, 47, didakwa mengemukakan penyata akaun bank palsu atas nama Satria Perkasa Security Sdn Bhd di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri, dekat sini pada 31 Mac, 30 April dan 31 Mei 2012.

Pada 3 April 2012, tertuduh didakwa mengemukakan dokumen palsu yang menyatakan syarikat itu layak menerima kemudahan kredit sehingga RM500,000 daripada sebuah bank tempatan di lokasi sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 April sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Shafinaz Shabudin dan tertuduh diwakili peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan