Azizul Raheem, Isteri Rindu Anak-Anak Di Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 4:25 PM

Ammar (tengah) bersama adiknya Adam (kiri) dan Arif ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Februari lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Aisyah, Ammar, Adam, Arif. Ayah baik di sini. Tolong berdoa untuk ibu dan ayah. Jangan lupa solat lima kali sehari. Sayang kamu semua."

Ia cetusan rasa dan luahan hati Azizul Raheem Awaluddin, yang sedang ditahan bersama isterinya Shalwati Nor Shal di Sweden.

Pasangan yang didakwa mendera empat anak mereka itu masih dipenjarakan sementara menunggu keputusan bertulis oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden sembilan hari lagi.

Coretan tersebut dihantar oleh keluarga terdekat mereka yang berada di Sweden dan dipaparkan di laman Twitter 

'SwedenLetThemGo' serta Facebook '#BringShalNFamilyHome' yang diwujudkan bagi memberi sokongan moral kepada mereka.

Anggota keluarga tersebut yang enggan dikenali ketika dihubungi Bernama berkata adiknya Shalwati dan Azizul (adik iparnya) amat menyayangi anak-anak mereka dan berharap mereka dibebaskan.

"Semua ahli keluarga amat berharap mereka dibebaskan dan dapat bersama anak-anak seperti sebelum ini. Ketika perbicaraan, mereka kelihatan cekal serta positif walaupun tertekan dengan pelbagai soalan dan keadaan," katanya.

Beliau turut memberitahu, walaupun sedang berdepan dengan cabaran persepsi negatif oleh sesetengah pihak yang tidak memahami 'pertembungan budaya' dalam konsep mendidik anak-anak, beliau dan keluarga tetap bersyukur kerana masih mendapat sokongan orang ramai terutama rakyat Malaysia.

Katanya bantuan daripada pihak kerajaan Malaysia juga banyak membantu dalam kes ini hingga membolehkan keempat-empat anak saudaranya itu dibenarkan berada di Malaysia dan dijaga anggota keluarga terdekat.

"Kerajaan Sweden turut memberi bantuan sewajarnya dengan membiayai kos guaman untuk kes tersebut. Shalwati diwakili peguam Kristofer Stahre manakala Azizul oleh Jonas Tamm. Syukurlah, kedua-dua peguam sangat baik dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membebaskan mereka," katanya.

Pada 28 Mac ini Ketua Hakim Mattias Moller akan membuat keputusan berhubung kes tersebut setelah kedua tertuduh dibicarakan sejak 18 Feb lalu dengan mengemukakan 10 orang saksi pendakwaan.

Mereka yang dipanggil termasuk rakan sekolah anak mereka, guru, pegawai khidmat sosial serta jiran tetangga.

Sementara itu Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Datuk Khairul Anwar Rahmat yang turut berada di Sweden ketika perbicaraan berlangsung mengesahkan bahawa beliau akan hadir ke mahkamah pada hari keputusan itu nanti.

Beliau berkata akan turut bersamanya nanti ialah seorang pakar psikologi, seorang ahli akademik yang membuat penyelidikan dalam bidang kekeluargaan dan beberapa orang peguam.

"Apa jua keputusan yang akan ditentukan nanti, ia akan memerlukan khidmat sokongan. Jika didapati tidak bersalah, pihak Sukaguam akan mencadangkan supaya pasangan itu membuat tuntutan balas berikutan penahanan secara salah yang membolehkan mereka menuntut ganti rugi.

"Manakala sekiranya didapati bersalah pula, ia memerlukan proses rayuan dan ketika itu pastinya beberapa tekanan akan berlaku pada banyak pihak," katanya.

Khairul Anwar yang turut mengharapkan keputusan yang memihak kepada pasangan itu berkata beliau sentiasa berdoa agar mahkamah menerima hujahan peguam pasangan tersebut bahawa apa yang berlaku adalah berikutan pertembungan budaya dan bukannya sentuhan fizikal dalam proses mendisiplinkan anak-anak.

"Kebanyakan saksi yang dipanggil juga adalah diragui kradibilitinya kerana mereka adalah kanak-kanak dan keterangan lebih menjurus kepada dengar-dengar," katanya.

Azizul, seorang pegawai Tourism Malaysia dan Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji telah ditahan sejak Disember tahun lalu dan sejak kejadian itu anak-anak mereka diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat di Sweden.

Aisyah, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, bagaimanapun kini berada dalam jagaan ibu saudara mereka di Kelantan setelah dipohon oleh pihak keluarga serta kerajaan Malaysia.

Sweden telah mengharamkan hukuman dera ke atas kanak-kanak sejak tahun 1979 dan ia menjadi antara penyebab pendakwaan ke atas Azizul dan Shalwati yang boleh dipenjara sehingga enam tahun penjara dan denda, jika didapati bersalah melanggar integriti anak-anak mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Spanga, daerah Stockholm antara 15 Sept 2010 dan 17 Dis 2013.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan