Pemandu Lori Dihukum Gantung Edar Ganja - Berita Mahkamah | mStar

Pemandu Lori Dihukum Gantung Edar Ganja

Diterbitkan: Selasa, 18 Mac 2014 3:40 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa selepas didapati bersalah mengedar 473.3 gram ganja, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tertuduh, Mohd Zabri Md Daud, 43, didakwa melakukan kesalahan itu di tepi sebuah rumah di Jalan PJS 4/27B, Taman Medan, Petaling Jaya dekat sini, pada pukul 3.10 petang, 13 Jan 2012.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 39 B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Empat saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mirza Mohamed sementara tertuduh diwakili peguam Liow Boon Lee.
Tags / Kata Kunci: Mohd Zabri Md Daud , ganja , Choong Siew Khim
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan