Permohonan 'Tuhan Harun' Dilepas Dengan Jaminan Diputuskan Khamis Ini

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 4:22 PM

Harun Mat Saat.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi Kuantan di sini pada Isnin menetapkan Khamis ini untuk keputusan permohonan ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun' Harun Mat Saat, dituduh membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), supaya dilepaskan dengan jaminan.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menetapkan tarikh itu selepas peguam mewakili tertuduh, Hermes Media Putra Ibrahim memohon supaya anak guamnnya dilepaskan dengan jaminan atas alasan bagi membolehkannya mendapatkan rawatan di hospital akibat penyakit strok.

Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh bagaimanapun memohon tertuduh tidak dilepaskan dengan jaminan kerana yakin unit perubatan penjara mempunyai pegawai perubatan yang mampu merawat tertuduh dan jika dilepaskan ada kemungkinan tertuduh melarikan diri.

Harun, 48, dan dua pengikutnya Shamsinar Abd Halim, 37, dan Sumustapha Suradi, 40, dan seorang lagi yang masih bebas dituduh membunuh pegawai Jaip Ahmad Raffli Abd Malek di kediaman mangsa di Lorong IM2/29 Bandar Indera Mahkota di sini pada 10 Nov tahun lepas.

Harun dan isterinya, Azida Mohd Zol, 30, serta dua lagi pengikutnya Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, dan Jefferi Safar, 37, juga dituduh melakukan konspirasi jenayah yang membawa kepada pembunuhan Ahmad Raffli.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Harun yang berkerusi roda dilihat agar uzur hadir bersama-sama kesemua tertuduh ke mahkamah pada Isnin.

Hakim Ab Karim kemudiannya menetapkan 21 April ini sebagai tarikh perbicaraan kes bunuh itu.
Tags / Kata Kunci: Tuhan Harun , Jaip , Mahkamah Tinggi Kuantan

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan