Mekanik Dipenjara 24 Tahun Kerana Cubaan Bunuh Anak Teman Wanita

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 8:42 PM

Mohd Afizi (tengah) dihukum penjara 24 tahun. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang mekanik dihukum penjara 24 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini Isnin kerana dua cubaan membunuh - anak teman wanitanya dan seorang bayi - pada Januari lepas.

Hakim Ahmad Bache menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi setiap pertuduhan yang dihadapi Mohd Afizi Abdul Rahman, 27, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu secara serentak bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 22 Jan lalu.

Ketika menjatuhkan hukuman itu, Ahmad berkata mahkamah mengambil kira faktor mangsa yang merupakan dua bayi yang tidak mampu menyelamatkan diri dalam kejadian itu.

Ahmad turut menasihatkan Mohd Afizi supaya menjadi orang yang baik selepas keluar dari penjara.

Mohd Afizi yang bekerja di sebuah kedai basikal didakwa melakukan cubaan membunuh anak teman wanitanya, Nur Airis Qaliesya yang berusia satu tahun tiga bulan dan seorang bayi Nur Dia Syazana, anak kepada jiran wanita itu yang berusia dua bulan ketika kejadian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Perumahan Projek Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak Jaya, Sentul dekat sini pada pukul 1 hingga 1.30 pagi, 21 Jan lepas, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Terdahulu peguam Chris Kooi Wei Kit yang mewakili tertuduh memohon hukuman ke atas anak guamnya diringankan kerana tertuduh di bawah pengaruh dadah ketika kejadian itu berlaku.

Beliau berkata tertuduh telah mengambil dadah jenis syabu dan tidak tidur selama tiga hari dan berada di bawah khayalan pada masa kejadian.

"Pada hari itu Mohd Afizi bergaduh dengan teman wanitanya serta ibu teman wanitanya, dia dimaki dan dimarahi oleh ibu teman wanitanya, oleh itu faktor yang menyumbang kepada kelakukan tertuduh adalah disebabkan oleh tahap pembelajaran rendah sehingga darjah lima, kesan dadah dan provokasi," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff memohon hukuman berat kerana pertuduhan itu adalah serius dan dilakukan ke atas kanak-kanak.

Norazlin berkata walaupun niat tertuduh adalah untuk membakar kekasihnya, tetapi perbuatan Mohd Afizi membakar keseluruhan bilik dengan mengetahui kewujudan dua kanak-kanak yang berada di dalam bilik itu jelas menunjukkan bahawa tertuduh mempunyai niat yang sama terhadap kanak-kanak tersebut.

Pada 18 Feb lepas, Mohd Afizi dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh teman wanitanya Saliza Saidin, 29, yang meninggal dunia pada 1 Feb lepas setelah 12 hari dirawat di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan