Lelaki Mengaku Salah Tuduhan Rogol Kanak-Kanak Dipenjara Lima Tahun

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 3:16 PM

mahkamah

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan merogol seorang kanak-kanak pada 2009.

Hakim Zulhasni Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hazri Abdul Ghafor 28, selepas mengambil kira kepentingan awam dan pengakuan bersalah tertuduh.

Mohd Hazri yang bekerja sendiri, dituduh melakukan kesalahan itu pada Mac 2009 di sebuah blok Flat Kampong Melayu, Air Itam dan disiasat di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dalam prosiding pada Isnin, Timbalan Pendakwa Raya S. Selvaranjini memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal ke atas tertuduh sebagai pengajaran memandangkan kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Katanya, walaupun perbuatan itu dikatakan dipersetujui mangsa tetapi usia mangsa ketika itu baru 13 tahun dan dia masih tidak berfikiran matang.

Sementara itu, peguam bela Mohd Hazri, Rosli Ismail memohon mahkamah menimbangkan hukuman lebih ringan kerana pengakuan bersalah tertuduh telah menjimatkan masa mahkamah.

Katanya, Mohd Hazri yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau turut kesal dengan perbuatannya dan mahu bertanggungjawab terhadap mangsa serta anak yang kini berusia tiga tahun hasil daripada perbuatan itu.

"Mangsa dan tertuduh berkawan, perbuatan itu adalah atas kerelaan mangsa dan tiada kekerasan fizikal terhadap mangsa. Pengakuan salah daripada tertuduh telah mengelakkan mangsa daripada trauma," katanya.  

Mahkamah juga diberitahu bahawa mangsa kini menjalani program pemulihan di sebuah Sekolah Tunas Bakti.

Tags / Kata Kunci: rogol , mahkamah sesyen

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan