Mahkamah Tetapkan 23 April Perbicaraan Kes Saman Pemain Terhadap FAM

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 8:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menetapkan 23 April ini sebagai tarikh perbicaraan kes saman oleh bekas pemain bola sepak Kuala Lumpur, Hafizi Roslee terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bekas pemain itu, selaku plaintif, memfailkan saman pemula itu berhubung penggantungan seumur hidupnya kerana didapati terbabit dalam skandal rasuah dan mengatur perlawanan.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar semasa pengurusan kes yang dihadiri peguam Kevin De Rozario, yang mewakili Hafizi.

Selain tarikh perbicaraan, Kevin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 31 Mac ini untuk kedua-dua pihak memfailkan afidavit masing-masing.

Pada 26 Feb lepas, Hafizi, 29, memfailkan saman pemula itu terhadap FAM dan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, selaku defendan dengan memohon satu perintah supaya mahkamah membatalkan keputusan FAM yang menggantungnya seumur hidup daripada sebarang kegiatan bola sepak.

Hafizi turut memohon deklarasi bahawa segala tatacara dan prosiding tatatertib, hukuman dan rayuan dalam Kod Tatatertib FAM Edisi 2012 adalah tidak berperlembagaan, sebarangan dan bercanggah dengan peraturan keadilan asasi serta dasar awam.

Beliau juga memohon satu deklarasi bahawa perbicaraan yang dikendalikan FAM tanpa kehadirannya pada 20 Dis, tahun lepas adalah batal dan tidak sah.

Pada 20 Dis tahun lepas, Jawatankuasa Tatatertib FAM menjatuhkan hukuman penggantungan seumur hidup selain denda berjumlah RM20,000 kepada Hafizi dan empat pemain skuad warga kota yang didapati bersalah dalam skandal rasuah dan mengatur perlawanan.

Mereka yang lain adalah Fadhullah Yunsifar, Phoo Kai Lun, Khairul Anuar Shafie dan Jeremy Danker.

Selain itu, Ketua Jurulatih Kuala Lumpur, Stanislav Lieskovsky dari Slovakia; Penolong Pengurus Rosli Omar dan Pegawai Pasukan Saari Jani yang didapati bersalah oleh jawatankuasa berkenaan, turut menerima hukuman yang sama.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan