Perbicaraan Di Sweden Berakhir, Pasangan Ditahan Sehingga Keputusan 28 Mac

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mac 2014 9:12 PM

Azizul Raheem
(Ubah saiz teks)

STOCKHOLM: Pelbagai kemungkinan muncul terhadap pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan kerana memukul anak-anak mereka, selepas mahkamah memerintahkan mereka kekal dalam tahanan sementara menunggu keputusan diumumkan pada 28 Mac.

Hakim Daerah Mattias Möller memutuskan bahawa Azizul Raheem Awalluddin dan isterinya Shalwati Norshal berisiko melarikan diri, dengan itu mereka perlu kekal dalam tahanan.

Beliau bagaimanapun manarik balik larangan berkomunikasi dan ini bermakna keluarga dan rakan-rakan mereka akan dibenarkan untuk bertemu dan bercakap dengan mereka di pusat tahanan reman.

Peguam Shalwati, Kristofer Stahre, berkata walaupun mereka pada awalnya dilihat seperti akan dibebaskan, apa yang berlaku sebaliknya bukan satu petanda yang baik.

"Perasaan dan gerak hati apabila mahkamah telah membuat keputusan untuk memastikan mereka terus berada di penjara, mereka mungkin didapati bersalah atas sesuatu," kata Kristofer kepada pemberita.

Beliau menambah Azizul dan Shalwati bagaimanapun masih mempunyai peluang dan kemungkinan untuk tidak didapati bersalah atas semua pertuduhan, yang bermakna mereka mungkin dijatuhkan hukuman yang lebih ringan jika didapati bersalah.

Shalwati dilihat melambai ketika dipimpin keluar dari mahkamah dan mengucapkan terima kasih kepada adik beradiknya serta kakitangan dari Kedutaan Malaysia dan pejabat pelancongan yang telah menghadiri perbicaraan.

Perbicaraan Azizul dan Shalwati masuk hari ke-11 dan terakhir di mahkamah Daerah Solna di sini, dengan kedua-dua pihak mengemukakan hujah penutup mereka pada Jumaat.

Pendakwa raya Anna Arnell menyerang kredibiliti pasangan itu, dengan alasan Azizul mengubah cerita pada pertengahan perbicaraan manakala Shalwati menafikan semua tuduhan dengan menyatakan anak-anaknya mengada-adakan cerita.

Dia mengakui beberapa kelemahan dalam temu bual dari segi soalan yang ditanya oleh polis dan tempoh temuduga yang panjang.

Anna menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman penjara yang lebih berat, dalam lingkungan dua tahun setengah untuk Shalwati dan kira-kira dua tahun hukuman penjara untuk Azizul.

Beliau juga mencadangkan supaya pasangan itu diusir dari Sweden selepas menjalani hukuman mereka.

Peguam Kristofer berhujah bahawa saksi kanak-kanak mungkin tidak boleh dipercayai kerana mereka, sama ada mempunyai motif untuk menipu atau terlalu muda untuk memberikan jawapan yang boleh dipercayai.

Beliau berkata anak kedua daripada empat adik-beradik itu, Ammar telah mempertimbangkan untuk membalas dendam terhadap ibu bapanya dengan merujuk kepada testimoni rakan remajanya, John Webb yang menyatakan kebencian Ammar terhadap ibu bapanya.

Peguam Azizul, Jonas Tamm mempersoalkan tempoh masa pertuduhan yang kabur dengan berkata ketidaktentuan itu bermakna kes itu akan lebih berat bersandar kepada keterangan sokongan.

Jonass berkata faktor-faktor yang melemahkan kes pendakwaan itu termasuk: soalan yang awal yang ditanya oleh polis, bukti yang tidak konsisten oleh kanak-kanak, penerangan kesalahan yang kabur dan kekurangan bukti sokongan yang ketara.

Sweden telah mengharamkan hukuman memukul kanak-kanak sejak 1979 dan ini bermakna Azizul dan Shalwati berdepan sehingga enam tahun penjara dan denda jika didapati bersalah memukul anak-anak mereka.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan