Kes Dera Di Sweden: Hari Perbicaraan Terakhir Penuh Emosi

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 10:54 PM

Azizul Raheem

Azizul Raheem (kanan) bersama isterinya Shalwati.

(Ubah saiz teks)

STOCKHOLM: Ia merupakan hari terakhir yang begitu penuh emosi pada sesi perbicaraan buat pasangan rakyat Malaysia yang didakwa mendera anak mereka di Sweden, dengan kedua-dua pihak sebak dalam hujah penutup masing-masing.

Pendakwa Anna Arnell mengemukakan bahawa kredibiliti Azizul Raheem Awalluddin lemah kerana dia mengubah kenyataannya di dalam perbicaraan yang berlangsung sebelum ini.

Beliau menegaskan bahawa Azizul telah mengakui dalam satu temubual polis, telah memukul anak-anaknya kira-kira tiga hingga lima bulan lalu, tetapi tiba-tiba mendakwa semasa perbicaraan bahawa dia tidak memukul mereka kerana keluarga itu berada di Afrika Selatan empat tahun lalu.

Azizul dan isterinya Shalwati Norshal menghadiri perbicaraaan pada hari ke-11 dan terakhir di mahkamah daerah Solna atas tuduhan memukul anak-anak mereka.

Arnell berkata, Shalwati mengaku telah memukul Ammar dan Adam sekali dalam satu insiden terpencil, tetapi mendakwa bahawa kesemua dakwaannya yang lain timbul daripada pembohongan dan kenyataan yang berlebih-lebihan daripada anak-anaknya.

"Saya mendapati ianya sesuatu yang terganggu apabila ibu bapa boleh mengatakan anak-anak mereka sendiri berbohong. Ia adalah terlalu sukar untuk diterima, memandangkan Ammar menceritakan kisahnya kepada kawan-kawannya dengan konsisten, juga kepada kaunselor sekolah dan semasa temubual bersama polis," kata Arnell yang mengemukakan hujah penutupnya.

Dia mengakui terdapat beberapa kelemahan dalam temu bual, dengan mengatakan bahawa penemubual itu bertanyakan beberapa soalan petunjuk.

"Hal negatif yang lain mungkin temuduga adalah sangat panjang. Tetapi itu terpulang kepada tafsiran, kerana ia dijalankan selama sebulan dan dikumpul daripada banyak maklumat," kata Arnell.

Beliau menggesa mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara, dalam lingkungan dua etengah tahun untuk Shalwati dan kira-kira dua tahun untuk Azizul.

Peguam Shalwati, Kristofer Stahre membalas hujah bahawa Ammar telah mempertimbangkan untuk membalas dendam terhadap ibu bapanya, dengan memetik keterakan rakannya John Webb bahawa Ammar begitu benci terhadap ibu bapanya.

"Ia adalah naif untukmemikirkan bahawa seseorang yang mahu membalas dendam boleh memberi testimoni," kata Stahre.

Peguam Azizul, Jonas Tamm mempersoalkan kekeliruan dalam pertuduhan dengan berkata, ia hanya dinyatakan dengan jelas "siapa" dan "apa ", tetapi tidak "bila".

Beliau berkata, dengan isu yang tidak menentu, kes itu akan bersandar sepenuhnya kepada bukti yang menyokong, tetapi sebaliknya mempunyai bukti yang bergantung kepada anak-anak pasangan itu.

Tamm berkata, faktor-faktor yang melemahkan kes pendakwaan termasuk; soalan utama yang ditanya oleh polis, bukti yang tidak konsisten oleh anak-anak pasangan itu, penerangan kesalahan yang tidak jelas, dan kekurangan substansial kepada bukti sokongan.

Azizul dan Shalwati dijangka mengetahui nasib mereka dalam masa dua minggu lagi, dengan keputusan yang akan dikeluarkan oleh Hakim Daerah Mattias Möller .

Sweden telah mengharam hukuman fizikal sejak 1979, dan ini bermakna Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin berhadapan dengan hukuman sehingga enam tahun penjara sekiranya didapati bersalah memukul anak-anak mereka .


Tags / Kata Kunci: azizul raheem , sweden , shalwati , arnell

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan