Ahli Perniagaan Guna Dokumen Palsu Diperintah Bela Diri

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mac 2014 1:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan  diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya sebanyak 1,980,000 unit saham, lapan tahun lepas.

Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu terhadap Datuk Zainulabidin Mat Akhir, 63, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah menetapkan dua hari bermula 24 Mac ini untuk tertuduh membela diri dengan memanggil dua orang saksi pembelaan termasuk tertuduh.

Bagi pertuduhan pertama, Zainulabidin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu 'Pindahan Sekuriti' bertarikh 26 Dis 2006, bagi memindah milik 1,680,000 unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn Bhd daripada isterinya Datin Maziah Musa (pemberi pindah milik) kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri (penerima pindahan).

Untuk pertuduhan kedua, dia didakwa menggunakan dokumen sama bertarikh 22 Dis 2008 bagi memindah milik 299,999 unit saham syarikat B.TIS Manufacturer Sdn Bhd daripada Maziah kepadanya.

Tertuduh juga didakwa menggunakan dokumen sama bertarikh 22 Dis 2008 bagi memindah milik satu unit saham syarikat B.TIS Manufacturer Sdn Bhd daripada isterinya kepada anak tertuduh, Nor A'khilah.

Zainulabidin juga didakwa terhadap tujuh pertuduhan lain menggunakan dokumen palsu sebagai tulen antaranya Resolusi Lembaga Pengarah Mutiara Efektif (M) Sdn Bhd bertarikh 26 Dis 2012 iaitu pelantikan Ahmad Fikhri Zainulabidin sebagai pengarah dan peletakkan jawatan Datin Maziah Musa sebagai pengarah.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Indah Secretarial Management, 18-1, Jalan 15/48A, Sentul Raya Boulevard, Sentul dekat sini antara Dis 2006 hingga Mei 2009.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 467 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rozaliana Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan