Penganggur Bebas Tuduhan Cabul Kanak-Kanak Tiga Tahun - Berita Mahkamah | mStar

Penganggur Bebas Tuduhan Cabul Kanak-Kanak Tiga Tahun

Diterbitkan: Khamis, 13 Mac 2014 3:23 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang lelaki dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis terhadap tuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun pada 2009. 

Hakim Norhayati Mat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap penganggur berumur 21 tahun itu.

Mengikut pertuduhan, ketika kejadian lelaki terbabit berusia 16 tahun didakwa mencabul mangsa yang diasuh ibunya.

Kejadian dilakukan antara 1.30 tengah hari dan 5.30 petang di rumah tertuduh di Seri Manjung pada 7 Jan 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamed Yasser Mohd Nasri manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh.

Tags / Kata Kunci: Mahkamah Sesyen , Cabul , Kanak-Kanak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan