Ketua Hakim Negara Tolak Dakwaan Campur Tangan Dalam Kes Anwar, Karpal Singh

Diterbitkan: Khamis, 13 Mac 2014 3:38 PM

Arifin Zakaria.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria pada Khamis menafikan dakwaan campur tangan dalam keputusan badan kehakiman baru-baru ini dalam kes membabitkan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi DAP Karpal Singh.

"Saya boleh memberi jaminan tidak ada perkara seperti itu. Bagi hakim, apa sahaja keputusan yang mereka buat, perlu memberikan sebab dan sebab ini tertakluk kepada penelitian mahkamah rayuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Majlis Hakim-Hakim Malaysia ke-48 di sini.

Beliau memberi jaminan jika keputusan badan kehakiman itu salah, tidak wajar atau menyalahi undang-undang, ia akan ditukar melalui proses biasa undang-undang.

Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas ketua umum PKR itu selepas mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, hampir enam tahun lepas.

Mahkamah Tinggi mendenda Pengerusi DAP dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh RM4,000 atas pertuduhan menghasut terhadap Sultan Perak lima tahun lalu.

Ketika diminta mengulas perhimpunan haram yang dirancang pihak tertentu bagi membantah keputusan mahkamah itu, Arifin berkata ini bukan caranya untuk menyelesaikan isu.

"Kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku. Harap jangan menghukum apa yang akan berlaku di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Proses (mahkamah) dapat didengar semua orang. Semua orang mendapat layanan yang sama di mahkamah," katanya.

Arifin berkata badan kehakiman juga terbuka kepada kritikan tetapi ia perlu adil dan orang ramai perlu menunjukkan kepada mereka apa yang salah.

"Semua prosedur mencukupi bagi memastikan kebebasan dan integriti badan kehakiman tidak terjejas. Badan kehakiman adalah satu badan yang paling lemah. 

Sesiapa sahaja boleh menyerang kami, tetapi kami tidak boleh mempertahankan diri sendiri. Kami hanya boleh mempertahankan diri dalam penghakiman kami. Kami tidak boleh terus menafikan itu dan ini," katanya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan