Tiga Pekerja Pejabat Tanah Gombak Didakwa Terima Suapan RM2,000

Diterbitkan: Rabu, 12 Mac 2014 2:10 PM

mahkamah

Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiga kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan menerima suapan RM2,000 daripada penyelia tapak tanah pada 2012. 

Pegawai tanah, Mohd Firdaus Ibrahim, 29, pemandu kenderaan, Mohamed Yusmi Mohamed Yusof, 34, dan pembantu penguat kuasa Muhammad Thoriq Muhamad Rom, 32, didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Al-Razak (Rasa D'Utara), Lot 2459, Batu 17, Kundang, Rawang, Selangor, 1.05 tengah hari pada 13 Jun 2012.

Mereka didakwa menerima wang itu daripada Elly Azly Mohd Zain, 41, sebagai dorongan tidak menahan lori yang membawa tanah merah dari kawasan penambakan tanah di Kundang, Rawang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. 

Hakim M. Bakri Abd Majid membenarkan ketiga-tiga tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM6,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 April sebagai tarikh sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lokman Kassim manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam. 

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan