Sebutan Penceraian Nurul Izzah Ditangguh 1 April - Berita Mahkamah | mStar

Sebutan Penceraian Nurul Izzah Ditangguh 1 April

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 1:05 PM

Nurul Izzah dan suaminya Raja Shahrir Islandar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Kes perceraian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suami, Raja Shahrir Iskandar Raja Salim ditangguhkan ke 1 April.

Permohonan penangguhan itu dibuat selepas pelantikan peguam baru, Zulkifli Che Yong untuk mewakili Raja Ahmad Shahrir.

Kedua-dua plaintif dan defendan tidak hadir di mahkamah.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Ab Malek Awang menetapkan 1 April sebagai tarikh sebutan kes kes perceraian (nombor 14001 - 055-0023-2014).

Satu jawatankuasa perdamaian akan bertemu kedua-dua pihak supaya satu keputusan terbaik dapat diputuskan.

Kes itu disebut untuk kali pertama di hadapan hakim yang sama pada 21 Januari lalu.

Peguambela syarie, Normawaddah Ramli mewakili Nurul Izzah manakala peguambela syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Raja Shahrir Islandar.

Pada akhir Disember tahun lalu, Naib Presiden PKR berusia 34 tahun itu memfailkan petisyen perceraian terhadap suaminya , Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Rendah Syariah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Petisyen Fasakh (pembatalan perkahwinan) itu dipercayai telah diterima oleh Raja Ahmad Shahrir Iskandar pada 16 Januari tahun ini.

Pasangan terbabit telah berkahwin pada 9 Mei 2003 dan mempunyai dua orang anak perempuan berusia tujuh tahun dan lelaki berusia empat tahun.

Tags / Kata Kunci: Nurul Izzah , Mahkamah Rendah Syariah , PKR
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan