Rayuan Tajudin Untuk Ketepikan Saman Celcom Ditolak

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 11:44 PM

Tan Sri Tajudin Ramli

Tajudin Ramli.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa menolak rayuan tokoh perniagaan Tan Sri Tajudin Ramli dan adik lelakinya untuk mengetepikan dua saman sivil yang difailkan terhadap mereka oleh Celcom (Malaysia) Berhad. 

Mahkamah juga menolak rayuan lima bekas pengarah Celcom Joerg Andreas Boy, Dieter Sieber, Oliver Tim Axmann, Dr Frank-Reinhard dan Axel Hass untuk mengetepikan penyata tuntutan dan notis writ yang dikeluarkan kepada mereka oleh Celcom.

Panel tiga anggota yang dipengerusikan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Abu Samah Nordin memutuskan bahawa saman sivil itu perlu dibawa semula ke Mahkamah Tinggi untuk diadakan perbicaraan penuh kerana terdapat isu yang perlu diputuskan oleh mahkamah berkenaan.

Bagaimanapun, panel itu, yang turut dianggotai hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali, memberi mereka kebenaran menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan sementara menunggu keputusan permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan.

Abu Samah memerintahkan perayu memfailkan permohonan mereka bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan dalam masa 30 hari, bermula hari ini.

Firma Jerman itu mendakwa ia dijanjikan saham RM7 seunit di bawah satu perjanjian yang ditandatangani dengan lembaga pengarah Celcom ketika itu, yang diketuai Tajudin. 

Tajudin dan Bistamam mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk mengetepikan saman sivil berkenaan.

Sementara itu, kelima-lima bekas pengarah Celcom berkenaan, yang merupakan rakyat Jerman, juga gagal dalam usaha mereka di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan notis writ yang dikeluarkan kepada mereka.

Mereka memohon untuk mengetepikan penyata tuntutan berkenaan dan notis writ yang dikeluarkan kepada mereka dengan mendakwa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengendalikan tuntutan itu kerana perkara itu telah dibicarakan melalui timbang tara.

Peguam Lim Kian Leong dan Low Chi Cheng mewakili Tajudin dan Bistamam, manakala lima bekas pengarah Celcom itu diwakili peguam Lim Tuck Sun dan Tan Hui Xian.

Celcom dan TRI pula diwakili peguam Nad Segaram dan Tay Por Hai.
Tags / Kata Kunci: Tajudin Ramli , celcom

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan