Karpal Didenda RM4,000 Kerana Persoal Perlucutan Jawatan Nizar Sebagai MB Perak

Diterbitkan: Selasa, 11 Mac 2014 1:00 PM

Karpal Singh

Karpal Singh.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mengarahkan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh untuk membayar denda RM4,000 kerana mempersoalkan perlucutan jawatan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultan Perak. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan hujah daripada kedua-dua pihak dan faktor khusus yang melibatkan keadaan kesihatan Karpal.

Mahkamah dipenuhi dengan para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). Antara yang turut kelihatan adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Engan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, isteri Karpal, Gurmit Kaur dan anak lelakinya, Gobind Singh Deo dan Jagdep Singh Deo, serta anak perempuan Sangeet Kaur Deo.

Pada 21 Februari lalu, Karpal didapati bersalah atas kesalahan hasutan apabila mempersoalkan perlucutan jawatan Mohammad Nizar.

Hakim Azman mengumumkan keputusan itu selepas mendapati Karpal gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kesnya.

Karpal, 73, didakwa kerana kata-kata berbaur hasutan terhadap Sultan Perak di firma perundanganya di Jalan Pudu Lama di Kuala Lumpur, antara12 tengah hari dan 12.30 tengah hari pada 6 Februari 2009.

Beliau didakwa berkata bahawa perlucutan jawatan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar oleh Sultan boleh dipersoalkan di mahkamah.

Tuduhan itu di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan kesalahan.

Pada 11 Jun 2010, Mahkamah Tinggi membebaskan Karpal tanpa membela diri tetapi keputusan itu ditarik semula oleh Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012.

Tags / Kata Kunci: mohammad nizar , karpal singh , sultan perak

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan