Anwar Hadir Bayar Ikat Jamin RM10,000 - Berita Mahkamah | mStar

Anwar Hadir Bayar Ikat Jamin RM10,000

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 3:59 PM

Anwar ketika menjawab pertanyaan media selepas hadir membayar ikat jamin sebanyak RM10,000 selepas hakim membenarkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara selama lima tahun pada 7 Mac 2014 atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Istana Kehakiman di Putrajaya, Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir 90 minit lewat di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan untuk menandatangani borang ikat jamin beliau.

Anwar, 67, juga memfailkan rayuan terhadap sabitan liwatnya oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat dan hukuman lima tahun penjara yang dijatuhkan terhadapnya.

Anwar datang di pejabat pendaftar mahkamah pada pukul 12.30 tengah hari selepas menghadiri mesyuarat pertama penggal kedua Parlimen ke-13 di Kuala Lumpur.

Timbalan Pendaftar (bahagian jenayah) Darmafikri Abu Adam menyelesaikan proses ikat jamin itu di dalam kamarnya.

Beliau kemudian memberitahu pemberita bahawa "dia (Anwar) terus datang dari Parlimen ".

"Saya tidak berada dalam tempoh ikat jamin pada pukul 11 pagi hingga 12.30 tengahari," katanya secara berseloroh.

Walaupun Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Balia Yusof Wahi membenarkan permohonan penangguhan hukuman penjara lima tahun kepada Anwar sementara menanti keputusan rayuan, beliau telah mengarahkannya membayar ikat jamin pada pukul 11 pagi.

Peguam bersama Anwar Ramkarpal Singh berkata Anwar telah membayar RM10,000 ikat jamin dengan seorang penjamin tanpa sebarang masalah.

"Anwar berada di Parlimen sebelum ini. Tidak ada masalah (beliau lewat). Jaminan telah dimuktamadkan dan disempurnakan. Arahan mahkamah telah dipatuhi," katanya.

Beliau berkata pembantu Anwar, Ibrahim Yaacob telah bertindak sebagai penjamin beliau.

Ramkarpal berkata mereka telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan mengepilkan salinan kepada Mahkamah Persekutuan.

Tags / Kata Kunci: anwar , mahkamah , rayuan , ikat jamin
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan