Pengaturcara Komputer Warga Indonesia Edar Dadah Dihukum Gantung - Berita Mahkamah | mStar

Pengaturcara Komputer Warga Indonesia Edar Dadah Dihukum Gantung

Diterbitkan: Khamis, 6 Mac 2014 11:33 AM

dadah

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki warga Indonesia kerana mengedar lebih 1.8 kilogram dadah jenis methamphetamine.

Semasa membaca penghakimannya, Hakim Zamani Abdul Rahim berkata, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap Adhy Tedjajadi, 35, yang melampaui keraguan munasabah.

Adhy, seorang pengaturcara komputer dari Bandung, Indonesia, didapati bersalah melakukan kesalahan itu di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 5.40 petang 15 Ogos 2012.

Kesalahan itu di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 membawa hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.

Isteri Adhy, yang merupakan saksi pembelaan dalam kes itu, turut hadir di mahkamah.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Talib manakala Adhy diwakili peguam Azura Alias​.

Tags / Kata Kunci: hukuman gantung , dadah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan