Rayuan Pendakwaan Terhadap Pembebasan Anwar 6-7 Mac

Diterbitkan: Jumaat, 28 Februari 2014 11:52 AM

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini Jumaat menetapkan dua hari dari 6 Mac untuk mendengar rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Aziah Ali menetapkan 6 dan 7 Mac bagi mendengar rayuan pendakwaan apabila perkara itu dihadapkan kepadanya bagi pengurusan kes di dalam kamar.

Hadir pada prosiding pengurusan kes itu ialah peguam Anwar, Karpal Singh sementara Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin dan Muhammad Shafee Abdullah mewakili pihak pendakwaan.

Muhammad Shafee dilantik sebagai timbalan pendakwa raya secara ad hoc pada Julai tahun lepas oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengetuai pendakwaan dalam rayuannya.

Sementara itu, Karpal Singh memberitahu media bahawa Mahkamah Rayuan telah menetapkan 3 Mac (Isnin) bagi mendengar permohonan kali ketiga Anwar untukmelucutkan kelayakan Muhammad Shafee daripada mengetuai pendakwaan dalam rayuannya terhadap pembebasan Anwar dalam kes dakwaan liwat itu.

Beliau juga berkata, Mahkamah Rayuan akan mendengar pada 4 Mac, permohonan pendakwaan untuk membatalkan notis rayuan Anwar.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan