PKNS Kalah Dalam Kes Saman Saham PJ Sentral

Diterbitkan: Khamis, 27 Februari 2014 6:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kalah dalam samannya terhadap Nusa Gapurna Development Sdn Bhd dan Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) berhubung pelanggaran perjanjian pemegang saham berkaitan kepentingan dalam PJ Sentral Development Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hasnah Mohammed Hashim menolak saman itu setelah mendengar keterangan enam saksi dan memerintahkan PKNS membayar kos RM100,000 kepada Nusa Gapurna and RM50,000 to MRCB.

Dalam penghakimannya, Hasnah berkata plaintif (PKNS) gagal membuktikan kesnya terhadap dua defendan berkenaan.

Beliau berkata tidak berlaku pelanggaran hak keutamaan membeli oleh Nusa Gapurna (defendan pertama) dan MRCB (defendan kedua) tidak melakukan campur tangan terhadap perjanjian pemegang saham dalam PJ Sentral.

Hasnah juga menolak permohonan PKNS untuk mendapatkan perintah sementara bagi menghalang Nusa Gapurna menjual 70 peratus kepentingannya dalam PJ Sentral.

Selain itu, beliau meluluskan tuntutan balas Nusa Gapurna agar PKNS menjual 30 peratus kepentingannya dalam PJ Central kepada MRCB.

Pada Jun tahun lepas, PKNS memfailkan saman terhadap dua syarikat itu dengan mendakwa Nusa Gapurna melanggar perjanjian pemegang saham antara pihaknya, Nusa Gapurna dan PJ Sentral.

Peguam Dhinesh Bhaskaran, yang mewakili Nusa Gapurna, memberitahu pemberita bahawa dalam pernyataan tuntutannya, PKNS berkata ia mempunyai hak keutamaan untuk membeli 70 peratus saham dalam PJ Sentral.

Nusa Gapurna membalas dengan berkata ia berhak menjual 70 peratus sahamnya dalam PJ Sentral kepada MRCB.

Menurut peguam itu, Nusa Gapurna juga berkata PKNS perlu menjual 30 peratus sahamnya dalam PJ Sentral kepada MRCB.

Peguam Porres Royen mewakili PKNS, manakala MRCB diwakili Sunil Abraham dan Idza Hajar Ahmad Idzam.

Tags / Kata Kunci: mrcb , pkns , pj sentral , saman

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan