Fitnah: Marina Saman Presiden Dan 15 AJK ISMA

Diterbitkan: Rabu, 26 Februari 2014 6:17 PM

Marina Mahathir

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir menyaman Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan 15 anggota jawatankuasa (AJK) pertubuhan itu berhubung pernyataan berunsur fitnah mengaitkannya dengan aktiviti Gabungan Badan Bukan Kerajaan (Ngo) Hak Asasi Manusia (Comango).

Dalam saman itu, Marina, yang juga anggota Lembaga Pengarah Sisters in Islam (SiS) menamakan presiden pertubuhan itu Abdullah Zaik Abd Rahman, timbalan presidennya Aminuddin Yahaya dan naib presiden Abdul Rahman Mat Dali serta 13 AJK pertubuhan itu sebagai defendan.

Marina, yang diwakili peguam Muhammad Faizal Faiz Mohd Hasani memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill pada 16 Januari lepas.

Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini ketika kes disebut di dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop.

Peguam Azad Bashir, yang mewakili kesemua defendan, memberitahu pemberita bahawa Rosilah menetapkan 10 Mac ini untuk kesemua defendan memfailkan pernyataan pembelaan mereka.

Dalam pernyataan tuntutannya, Marina mendakwa ISMA mengedarkan 70,000 risalah bertajuk "Antara 54 NGO dalam Comango" di masjid-masjid sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya, Seremban, Samarahan (Sarawak), Melaka, Kuantan dan Kuala Terengganu pada 8 November tahun lepas.

Bekas Pengerusi Yayasan Aids Malaysia (MAF) itu mendakwa ISMA juga menerbitkan artikel lain bertajuk "ISMA edar 70,000 risalah dedah dalang Comango" di dalam laman web ISMA di http://www.ismaweb.net dengan pautan laman web ISMA facebook di https://wwww.facebook.com/isma.malaysia pada tarikh yang sama (8 November).

Beliau mendakwa pernyataan-pernyataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau dikaitkan dalam aktiviti Comango, terlibat secara peribadi di dalam laporan yang diterbitkan Comango dan menjadi dalang di sebalik Comango serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Marina mendakwa pada 11 November tahun lepas beliau mengeluarkan satu kenyataan akhbar dengan menjelaskan bahawa tuduhan itu adalah palsu dan beliau langsung tidak terlibat dalam proses mengeluarkan laporan Comango serta memberi peluang kepada kesemua defendan untuk menarik balik tuduhan terbabit.

Namun, Marina mendakwa pada tarikh yang sama, ISMA melalui Aminuddin selaku defendan kedua membuat kenyataan akhbar dan turut mengulangi tuduhan palsu terhadapnya dan Marina mendakwa beliau sekali lagi mengeluarkan kenyataan akhbar dua hari selepas itu untuk membalas tuduhan itu.

Marina mendakwa kesemua defendan gagal untuk menarik balik pernyataan-pernyataan fitnah itu walaupun tiga surat bertarikh 19 Nov, 27 November dan 12 Disember 2013 dihantar kepada mereka.

Akibat pernyataan fitnah itu, Marina mendakwa reputasinya tercemar dan beliau menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, satu injunksi untuk menghalang kesemua defendan daripada menerbitkan semula pernyataan fitnah itu dan permohonan maaf daripada kesemua defendan berserta faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Tags / Kata Kunci: marina mahathir , comango , ngo , isma

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan