Dua Beradik Dihukum Gantung Bunuh Warga Emas

Diterbitkan: Rabu, 26 Februari 2014 6:09 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: "Saya kehilangan tempat bergantung selepas suami saya meninggal dunia," kata warga emas, Siti Aminah Lateh ketika memberikan kenyataan impak mangsa sejurus sebelum Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas dua beradik. 


Mohd Shamsul Abdul Aziz 35, Jalan Kembojasari 12, Bandar Sungai Buaya, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, pada pukul 8.15 malam, 27 Feb 2010 dan pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama itu memperuntukkan hukuman mati mandatori. 

Punca kematian mangsa adalah disebabkan luka tikaman di bahagian abdomen.

Mohd Shamsul dan Tuti Adayu, ibu kepada tiga orang anak juga didakwa melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjatakan pisau ke atas Siti Aminah, 73, di tempat, masa dan tarikh yang sama dan bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. 

Dalam kejadian itu, dua rantai emas dan dua gelang tangan milik Siti Aminah telah dilarikan. 

Ketika membacakan penghakimannya, Hakim Ghazali berkata versi pembelaan kedua-dua tertuduh bahawa kemungkinan terdapat pasangan lain yang datang ke rumah mangsa, merompak serta membunuhnya tidak pernah diletak pada mana-mana saksi pendakwaan khususnya Siti Aminah. 

Justeru, beliau berpuas hati bahawa pembelaan kedua-dua tertuduh hanya rekaan semata-mata dan dibuat selepas berfikir semula. 
 
"Ini kerana pembelaan mereka mengenai Proton Saga berwarna merah (milik orang lain) hanya ditimbulkan semasa kes pembelaan bermula. 

"Saya berpuas hati pihak pendakwaan berjaya buktikan (di bawah) Seksyen 34 Kanun Keseksaan iaitu niat bersama kedua-dua tertuduh untuk lakukan jenayah itu.

"Ia jelas dari keterangan Siti Aminah yang mengatakan kedua-dua tertuduh datang bersama, masuk rumah mangsa dan lakukan jenayah bersama-sama. Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati," katanya. 

Sejurus Hakim Ghazali menjatuhkan hukuman, Siti Aminah serta empat daripada lima anaknya yang hadir di mahkamah dilihat menangis, manakala anggota keluarga kedua-dua tertuduh dilihat gagal menahan kesedihan dan saling berpelukan. 

Sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar memanggil 34 saksi sementara pembelaan yang diwakili peguam V.Aravindhaksan mengemukakan tiga saksi. 


Tags / Kata Kunci: samun , gantung , hukum gantung

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan