Tahanan Lokap Di Kampar Meninggal Dunia Akibat Embolisme Paru-Paru

Diterbitkan: Isnin, 24 Februari 2014 6:42 PM

M.Ragu.

(Ubah saiz teks)

KAMPAR: Punca seorang tahanan yang ditemui mati di lokap Balai Polis Kampar di sini tahun lepas adalah disebabkan 'embolisme paru-paru' akibat berlaku hidrasi yang rendah dalam badannya, inkues bagi mengenal pasti punca kematian M.Ragu di Mahkamah Koroner di sini diberitahu pada Isnin.

Ketua Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Dr Mohammad Shafie Othman berkata, 'embolisme paru-paru' adalah kehadiran darah beku dalam sistem saluran darah paru-paru yang menyekat kemasukan darah dalam tisu organ itu.

Beliau menyatakan demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Loke Kok Mun dalam prosiding pada Isnin.

"Embolisme paru-paru boleh berlaku dalam apa-apa keadaan tetapi dalam kes ini saya tidak nampak sebarang pukulan menyebabkan berlakunya embolisme paru-paru pada si mati, saya tidak menemui kesan pukulan pada mayat si mati," katanya memberi keterangan sebagai saksi kesembilan.

Beliau berkata Ragu juga menghidapi penyakit hati iaitu 'infiltrasi lemak' iaitu hati mengalami perubahan lemak secara menyeluruh yang berpunca daripada pelbagai faktor yang boleh menyebabkan keadaan itu antaranya pengambilan arak secara berlebihan, pengambilan ubat serta jangkitan.

Hasil bedah siasat pada 11 Mac 2013 juga mendapati ada beberapa kesan lebam kecil yang tidak serius antaranya di lengan kanan, pergelangan tangan dan di tapak kaki kanan serta parut-parut yang sesuai dengan akibat kesan tikaman yang telah pulih sekian lama, katanya.

Ketika menjawab soalan peguam M.Kulasegaran yang mewakili keluarga Ragu, Dr Mohammad Shafie berkata beliau tidak menemui sebarang kecederaan lain selain yang beliau kemukakan dalam laporan bedah siasat walaupun keluarga si mati mendakwa ada beberapa kecederaan pada badan Ragu.

Katanya beberapa kesan lebam kecil yang dialami tidak membawa kepada punca kematian Ragu.

"Mengatakan sesetengah kecederaan tidak boleh dilihat, ia adalah andaian, namun jika ada sudah pasti saya akan tulis (dalam laporan bedah siasat). Berdasarkan kepada keadaan mayat, beliau telah meninggal dunia 12 jam sebelum ditemui mati di dalam lokap tersebut," katanya bertugas sebagai pakar forensik di HRPB sejak 2001.

Beliau juga berkata bedah siasat dilakukan di HRPB di Ipoh kerana pencahayaan di rumah mayat Hospital Kampar adalah kurang berbanding di HRPB.

Ragu, 47, yang ditahan di lokap tersebut dilaporkan mati akibat 'embolisme paru-paru' pada pukul 8 pagi, 10 Mac tahun lepas iaitu dua hari selepas Mahkamah Majistret Kampar menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan dan denda sebanyak RM2,000 terhadapnya setelah didapati bersalah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sementara itu Koroner Melati Diana Abdul Wahab yang mendengar inkues itu berkata mahkamah berpuas hati dengan keterangan Dr Mohammad Shafie pada prosiding Isnin dan menetapkan prosiding bersambung 3 Mac depan dengan memanggil beberapa saksi lain seperti yang diminta peguam Kulasegaran. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan