Operator Kilang Terlepas Hukuman Mati

Diterbitkan: Ahad, 23 Februari 2014 11:22 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini pada Ahad melepas dan membebaskan seorang operator kilang daripada tuduhan mengedar dadah, tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim membuat keputusan tersebut setelah mendapati pembelaan tertuduh, Ahmad Fauzi Ismail, 36, berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Fauzi didakwa mengedar dadah methamphetamine seberat 6,782.2 gram dan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ahmad Fauzi didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu pada 9.30 pagi 5 Ogos 2011.

Tags / Kata Kunci: operator kilang , terlepas hukuman , mati

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan