Penulis Nafi Mahu Sensasikan Isu Bukit Kepong

Diterbitkan: Selasa, 18 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Penulis artikel muka hadapan Utusan Malaysia bertajuk 'Mohamad Sabu hina pejuang, anggap pengganas komunis hero sebenar Bukit Kepong', Mohd Asron Mustapha memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bahawa beliau tidak mempunyai niat jahat atau mahu mensensasikan isu itu.

Mohd Asron, yang juga wartawan eksekutif Utusan Malaysia, berkata beliau hanya melaporkan apa yang dituturkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini pada 21 Ogos 2011.

"Pertama sekali saya dengar dengan teliti setiap ucapan plaintif dan buat transkrip penuh untuk elak sebarang kesilapan. Selepas itu, saya merujuk kepada fakta sejarah untuk memahami konteks kenyataan yang disampaikan Mat Sabu berhubung isu Bukit Kepong.

"Sebelum menghasilkan artikel itu saya cuba menghubungi plaintif bagi meminta penjelasan berhubung kenyataan itu. Tapi apabila saya perkenalkan diri sebagai wartawan Utusan Malaysia plaintif berkata beliau belum bersedia beri kenyataan kepada Utusan Malaysia.

"Selepas itu saya menghasilkan berita ini tanpa sebarang tokoh tambah, berniat jahat atau mahu mensensasikan berita berkenaan...saya sekadar melaporkan apa yang dituturkan plaintif pada ketika itu," katanya di hadapan Hakim Datuk Seri Zakaria Sam.

Mohd Asron berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Utusan Melayu (M) Bhd, pada perbicaraan kes saman fitnah Mohamad terhadap akhbar itu dan Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Aziz Ishak.

Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, menamakan Utusan Melayu dan Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Aziz Ishak sebagai defendan.

Dalam penyataan tuntutan, Mat Sabu mendakwa defendan dengan niat jahat menerbitkan tiga artikel berbaur fitnah berhubung isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong.

Mat Sabu mendakwa penyiaran artikel itu secara tidak langsung menggambarkan beliau penyokong komunis kerana mengiktiraf Mat Indera dan telah keluar daripada ajaran Islam.

Sementara itu, ketika ditanya peguam Mohamad Hanipa Maidin yang mewakili Mat Sabu bahawa artikel berkenaan dihasilkan untuk menyerang Mat Sabu dan bertujuan memenuhi agenda musuh politik pemimpin PAS itu, Mohd Asron yang merupakan saksi terakhir defendan menjawab beliau tidak bersetuju.

Zakaria kemudiannya menetapkan 19 Mac depan untuk pengurusan kes. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan