Rasuah: Pemilik Kedai Telefon Dipenjara Sehari, Denda RM15,000

Diterbitkan: Jumaat, 14 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemilik kedai telefon bimbit dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menawarkan rasuah berjumlah RM1,500 kepada seorang anggota polis, dua tahun lepas.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan How Wai Hong, 28, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan How menjalani hukuman penjara itu pada Khamis dan tambahan enam bulan penjara jika gagal membayar denda.

Tertuduh bagaimanapun membayar denda itu.

Rozilah ketika membuat keputusan itu berkata pembelaan tertuduh adalah tidak jujur dan merupakan penafian semata-mata.

"Penjelasan tertuduh bahawa wang berjumlah RM1,500 itu yang kononnya diberikan kepada polis bagi menjamin pekerjanya yang pernah ditahan pihak polis dilihat tidak berasas dan tidak munasabah," katanya.

How didakwa menawarkan suapan wang tunai RM1,500 kepada Lans Kpl Ahmadi Mohamed dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan ke atas kedai telefon bimbitnya yang disyaki menjual telefon bimbit tiruan.

Bapa kepada seorang anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di kedainya di Kompleks Kota Raya Kuala Lumpur di sini antara 1 tengah hari hingga 4.45 petang, pada 25 Feb 2012.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih inggi.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Sinti dari SPRM memanggil enam saksi pendakwaan manakala peguam Peter Siew mengemukakan tiga saksi pembelaan termasuk tertuduh sendiri. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan