Dua Pekerja Ladang Dipenjara Bunuh Orang Utan

Diterbitkan: Khamis, 13 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dua pekerja ladang warga Filipina, Armil Gundil (kiri) dan Arcamsar Amil dipenjara dua tahun kerana membunuh orang utan di Lahad Datu, Sabah.
Dua pekerja ladang warga Filipina, Armil Gundil (kiri) dan Arcamsar Amil dipenjara dua tahun kerana membunuh orang utan di Lahad Datu, Sabah.

LAHAD DATU: Dua pekerja ladang merupakan yang pertama dipenjara di bawah Enakmen Hidupan Liar Sabah kerana menyebabkan kematian orang utan berusia 15 tahun di sini bulan lalu.

Rakyat Filipina itu, Armil Gundil dan Arcamsar Amil masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Hakim Mahkamah Sesyen Tungku, M. Rajalinggam selepas mereka mengaku bersalah memburu dan menyebabkan cedera parah kepada haiwan berkenaan di bawah Seksyen 25 (3a) dan 37 Enakmen Hidupan Liar Sabah 1997.

Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar Sabah, Karim Dakog memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua lelaki itu memaklumkan kepada renjer hidupan liar bahawa mereka mahu membalas dendam terhadap Orang Utan tersebut kerana mengganggu tanaman mereka.

Walau bagaimanapun, saksi berkata kedua-dua lelaki itu sebenarnya mahu memakan orang utan itu.

Karim memberitahu mahkamah bahawa tertuduh menggunakan sebilah parang untuk memotong orang utan itu sebelum mengikatnya menggunkan tali nilon dalam kejadian di Felda Sahabat 3 pada 29 Januari tahun lalu.

Sementara itu, Penolong Pengarah dan doktor haiwan Jabatan Hidupan Liar, Dr Sen Nathan berkata bedah siasat menunjukkan orang utan itu meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk.

"Kami mengesahkan bahawa kecederaan disebabkan sebilah parang. Malah salah satu kecederaan menunjukkan ibu jari kanan orang utan berkenaan hampir putus," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan