Rompak Peguam: Pemandu Peribadi Dipenjara Sembilan Tahun, Lima Sebatan - Berita Mahkamah | mStar

Rompak Peguam: Pemandu Peribadi Dipenjara Sembilan Tahun, Lima Sebatan

Diterbitkan: Rabu, 12 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu peribadi dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini Selasa selepas didapati bersalah melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang peguam, dua tahun lepas.

Hakim, Azwarnida Affandi menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Faizi Mokhtar, 32, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dan memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula Selasa.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara selepas peguam Azi Azlin Zulkifli yang mewakili tertuduh memaklumkan isteri anak guamnya itu sarat mengandung dan kini berada di hospital, menunggu masa untuk melahirkan anak ketiga mereka.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu mengemukakan sijil kelahiran anaknya sebelum atau pada 20 Februari ini.

Azwarnida berkata, sekiranya tertuduh gagal mengemukakan sijil kelahiran berkenaan sebelum atau pada tarikh berkenaan, penangguhan pelaksanaan hukuman itu dibatalkan.

Dalam penghakimannya, Azwarnida berkata, pembelaan tertuduh hanya bersifat penafian semata-mata dan satu pembelaan yang difikirkan kemudian.

"Tertuduh menafikan terlibat dalam kejadian itu dan menyatakan dia berada di situ hanya untuk meleraikan pergaduhan antara saksi pendakwaan keenam iaitu mangsa dengan rakan tertuduh. Pembelaan ini bukan telus dan jujur tetapi pembelaan yang difikirkan kemudian," katanya.

Mohd Faizi bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap Kiu Jia Yaw, 36, dengan mengambil sebuah komputer riba, baju kemeja, tali leher, jubah mahkamah dan dokumen penting yang kesemuanya bernilai RM3,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu berhampiran perhentian bas di Jalan Desa Bakti, Taman Danau Desa, Brickfields, di sini pada 3.10 pagi 30 Jun 2012 mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Aizam Aiza Zamran. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan