Kerani Didakwa Perdaya Lelaki Beli Rumah Rakyat 1Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 12 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Selasa terhadap empat tuduhan memperdaya dua lelaki berjumlah RM3,100 bagi membeli rumah teres kos rendah di bawah program Rumah Rakyat 1Malaysia.

Noraidah Kamaruddin, 35, kerani di Kem Terendak didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas memperdaya Ahmad Zubir Zul dan Mohd Shahril Md Dan untuk membeli rumah itu hingga mendorong mereka menyerahkan wang tunai masing-masing RM1,300 dan RM1,800.

Mangsa menyerahkan wang itu di stesen minyak Petronas Tangga Batu antara 27 hingga 30 Januari lepas dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh juga dikenakan denda.

Tertuduh juga didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas menggunakan dua keping surat rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad untuk tawaran pembelian rumah dan baucar bayaran bertarikh 20 Jan 2014 dengan niat dokumen palsu terbabit digunakan bagi tujuan menipu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di stesen minyak Petronas Bukit Rambai pada 30 Januari 2014 mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Majistret Syajaratudur Abd Rahman membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes itu ditetapkan 3 Mac depan selepas Noraidah mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan itu.

Di mahkamah Majistret sama, seorang bapa dijatuhi hukuman penjara enam hari dan didenda RM1,400 selepas mengaku bersalah memiliki rakaman video lucah membabitkan anak perempuannya berusia 12 tahun.

Tertuduh, seorang pekerja kilang berusia 40 tahun didakwa memiliki sebuah telefon bimbit jenis Sony Ericson model W580i yang mengandungi rakaman video lucah di sebuah rumah di Klebang Besar pada 2.30 pagi, 24 Januari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, isteri tertuduh mengambil telefon bimbit milik suaminya daripada anak lelaki mereka berusia empat tahun dan mendapati terdapat rakaman video anak perempuannya yang sedang berkemban sambil menggosok gigi untuk mandi.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 5 Februari lepas atau penjara tambahan tiga bulan jika gagal membayar denda.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ishak Kari daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan