Lelaki Dipenjara Empat Bulan Kerana Rakam Video Wanita Mandi

Diterbitkan: Jumaat, 7 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Khamis selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merakam video dua wanita yang sedang mandi di bilik air menggunakan telefon bimbit.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor memutuskan Zulkarnaen Toharudin, 27, dihukum penjara dua bulan bagi setiap pertuduhan dan dia perlu menjalani hukuman itu secara berasingan bermula Khamis.

Bagi pertuduhan pertama, Zulkarnaen yang bekerja sendiri didakwa merakam video wanita berusia 37 tahun yang sedang mandi di bilik air menggunakan telefon bimbit dengan maksud hendak mengaibkan kehormatannya di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sentul pada 6.15 pagi, 28 Disember 2013.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama terhadap seorang lagi wanita berusia 46 tahun di PPR sama pada 6.30 pagi, 28 Januari lepas.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, seorang lelaki yang juga merupakan kenalan kepada suami wanita berusia 37 tahun itu telah melihat rakaman tersebut daripada tertuduh lalu memaklumkan perkara itu kepada suami mangsa.

Suami mangsa kemudian merampas kad memori telefon bimbit itu sebelum memastikan terdapat rakaman video isterinya yang sedang mandi. Dalam kad memori itu juga terdapat rakaman video mangsa berusia 46 tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S.Nithia memohon hukuman berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh kerana ia kesalahan serius dan perbuatan itu sangat mengaibkan serta memberi tekanan kepada kedua-dua mangsa.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana ia kesalahan pertama dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Ketika ditanya Majistret mengapa dia melakukan perbuatan itu, tertuduh hanya menjawab "saya mengaku bersalah". - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan