Kes Ketua Tuhan Harun Disebut Semula 24 Feb

Diterbitkan: Jumaat, 7 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menangguhkan sebutan semula kes ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' Harun Mat Saat ke 24 Feb ini.

Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali Al-Fakwie menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam syarie Abdullah Sidek bahawa beliau memerlukan masa untuk membuat representasi kerana hanya dilantik mewakili tertuduh pada Khamis.

Harun, 47, hadir ke mahkamah hari ini dengan berkerusi roda akibat diserang angin ahmar beberapa bulan lalu.

Pada 23 April tahun lepas, tertuduh dan beberapa orang pengikutnya mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebarkan ajaran sesat iaitu Tuhan Harun atau Tuhan 2013, risalah dan buku berkaitan ajaran tersebut.

Tertuduh juga didakwa mencetak, menerbit dan menyimpan dokumen 'Harun Tuhan 2013' dipercayai dengan niat untuk diedarkan kepada orang ramai bertujuan mengeliru atau memesong pemahaman Islam sebenar.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang memperuntuk hukuman denda tidak lebih RM500.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang Mohd Fahmi Abd Jalil. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan