Edar Kanabis 8kg, Jurujual Penapis Air Dijatuhi Hukuman Mati

Diterbitkan: Jumaat, 7 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang jurujual penapis air dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Jumaat kerana mengedar 8,445 gram kanabis dua tahun lepas.

Hakim, Amelia Tee Hong Geok Abdullah memerintahkan Muhammad Ridzuan Ab Majid, 33, menjalani hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan rotan selepas dia didapati bersalah terhadap pertuduhan kedua, memiliki 106.9 gram kanabis.

Beliau turut memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan pada 12 Jun 2012.

Amelia membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama, Muhammad Ridzuan didakwa mengedar kanabis seberat 8,445 gram di Blok 166-04-04, Rumah Pangsa Sri Pangkor, Sentul Pasar, Sentul di sini pada 5.45 petang 12 Jun 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Ridzuan didakwa memiliki dadah jenis sama seberat 106.9 gram mengikut Seksyen 6 ADB 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama pada masa dan tempat yang sama.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd Salleh memohon mahkamah menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap tertuduh bagi kesalahan mengedar dadah dan hukuman berat bagi kesalahan memiliki dadah kerana ia kesalahan serius.

Beliau berkata, mahkamah juga harus mengambil kira usaha kerajaan dalam menangani masalah dadah di negara ini dan mengambil kira berat dadah yang terlibat.

"Mahkamah juga harus menilai fakta kes yang mana tertuduh menyimpan dadah di bawah katil anak perempuannya. Dia bukan sahaja mengedar dadah tetapi turut meletakkan risiko kepada ahli keluarganya," katanya.

Peguam Azi Azlin Zulkifli yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan kerana anak guamnya perlu menanggung isteri dan seorang anak perempuan berusia empat tahun dan ibu bapa yang sudah tua selain ia merupakan kesalahan pertama anak guamnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan