Jongkong Emas: Seorang Lagi Pengarah Syarikat Genneva Didakwa

Diterbitkan: Selasa, 4 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bekas Pengarah Genneva Malaysia Sdn Bhd, Ahmad Khairuddin Illias, 55, (tengah) diiringi oleh anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen terhadap dua pertuduhan menerima deposit tanpa lesen membabitkan urusniaga RM5.5 juta di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Selasa.
Bekas Pengarah Genneva Malaysia Sdn Bhd, Ahmad Khairuddin Illias, 55, (tengah) diiringi oleh anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen terhadap dua pertuduhan menerima deposit tanpa lesen membabitkan urusniaga RM5.5 juta di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Selepas 15 individu dan 10 syarikat didakwa berkaitan pelaburan jongkong emas, seorang lagi pengarah syarikat Genneva (M) Sdn Bhd dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini kerana menerima deposit tanpa lesen membabitkan urus niaga berjumlah RM5.5 bilion.

Ahmad Khairuddin Illias, 55, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen melalui satu skim yang melibatkan transaksi emas menerusi dua akaun semasa CIMB Islamic Bank Berhad.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Jalan Kuchai Lama di sini antara 10 Januari 2011 dan 1 Oktober 2012.

Ahmad Khairuddin didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) yang dibaca bersama Seksyen 106(1) akta sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10 juta atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Bank Negara Malaysia (BNM) Fahmi Abd Moin tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan mengikut BAFIA amat serius dan melibatkan pengambilan deposit daripada 35,000 orang awam membabitkan jumlah RM5.5 bilion.

Namun, katanya jika mahkamah membenarkan jaminan, beliau menawarkan jaminan sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Fahmi juga memohon supaya kes itu dibicarakan bersama-sama dengan 15 tertuduh lain.

Peguam Mohd Hairani Samsi yang mewakili Ahmad Khairuddin memohon supaya anak guamnya itu dibenarkan diikat jamin atas alasan kes itu melibatkan dokumen yang banyak dan menjadi kesukaran untuk pihaknya berurusan jika tertuduh ditahan di penjara.

Beliau memohon jumlah jaminan dikurangkan kepada RM100,000.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 20 Feb untuk sebutan dan hujahan berhubung permohonan pendakwaan supaya kes itu dibicarakan bersama.

Dari September 2013 hingga hari ini, BNM telah mendakwa seramai 16 individu dan 10 syarikat terhadap 1,550 pertuduhan berhubung pelaburan jongkong emas membabitkan jumlah RM5.5 bilion. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan