3 lelaki Bersaudara Didakwa Miliki Pistol Angin dan Syabu

Diterbitkan: Isnin, 3 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Seorang bapa dan anak lelakinya serta anak saudaranya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap tiga pertuduhan iaitu memiliki pisau belati, pistol angin dan syabu pada Isnin.

Agil Ariffin, 47, seorang nelayan mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan itu, bagaimanapun anaknya Mohamad Azrin, 19, dan anak saudaranya, Mohamad Nizam Othman, 27, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Najib Ismail.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, mereka dituduh bersama-sama memiliki sebilah pisau belati dan sepucuk pistol angin, 50 butir 'ball bearing' serta sembilan butir peluru tanpa kebenaran di No. 267, Mukim 7, Pulau Betong, di sini pada 6.15 petang, 27 Jan lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan boleh disebat serta Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan ketiga, mereka dituduh memiliki syabu seberat 4.14 gram di tempat, masa dan tarikh yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan pertama, Muhammad Najib memutuskan Agil dihukum penjara seminggu bermula dari tarikh tangkap pada 27 Jan lepas dan didenda RM4,000 dan enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga hukuman belum diputuskan terhadap tertuduh kerana menunggu laporan kimia dan balistik.

Muhammad Najib turut membenarkan Mohamad Azrin dan Mohamad Nizam masing-masing diikat jamin RM11,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 19 Mac untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz dan ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan