Peguam Failkan Permohonan Semak Perintah Mahkamah Terhadap Perogol

Diterbitkan: Khamis, 30 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Peguam seorang lelaki yang disabitkan kes merogol gadis bawah umur yang kemudian dikahwininya, telah memfailkan satu permohonan kepada Mahkamah Tinggi di sini, pada Rabu untuk menyemak perintah seorang hakim Mahkamah Sesyen yang mengeluarkan waran tangkap ke atas anak guamnya itu setelah tidak hadir prosiding pada Isnin lepas.

Peguam Ram Singh berkata Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khaltom Abd Samad sepatutnya memanggil pegawai perubatan yang mengeluarkan sijil sakit itu kepada pengurus operasi restoran Riduan Masmud, 40, yang dikemukakan kepada mahkamah sebagai sebab dia tidak dapat hadir ke mahkamah untuk prosiding jatuh hukum pada 27 Januari lepas.

"Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan meletakkan kesalahan dan alasan itu terhadap peguam bela kerana tidak dapat menghubungi anak guam kami.

"Ini adalah satu kekhilafan dalam keputusannya (untuk mengeluarkan waran tangkap) kerana beliau mempunyai alternatif iaitu memanggil doktor berkenaan untuk menjelaskan apa penyakit anak guam kami atau tempoh yang membolehkannya hadir ke mahkamah.

"Berikutan doktor berkenaan tidak dipanggil memberi penjelasan, waran tangkap berkenaan harus dibatalkan," katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam permohonan itu, beliau menyatakan Ummu Khaltom harus menarik diri daripada mendengar kes itu berikutan cara perbicaraan itu dikendalikan, mengetahui Riduan tidak diwakili peguam selain mengeluarkan waran tangkap tanpa memanggil doktor yang mengeluarkan sijil sakit itu.

Ram berkata permohonan itu turut menyatakan hakim itu mungkin menaruh prasangka terhadap Riduan susulan kenyataan Menteri Pembangunan Komuniti dan Hal Ehwal Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid mengenai kes itu seperti yang dilaporkan media.

Riduan menyerahkan sijil sakit itu menerusi seorang peguamnya YS Lo pada 27 Jan, iaitu tarikh yang ditetapkan untuk menjatuhkan hukuman oleh Ummu Khaltom selepas beliau mendapatinya bersalah pada 24 Januari kerana merogol budak sekolah berusia 12 tahun itu.

Bagaimanapun, Ummu Khaltom tidak berpuas hati dengan butiran di dalam sijil sakit itu dan menangguhkan prosiding selama sejam bagi membolehkan Lo menghubungi Riduan atau anggota keluarganya untuk mengetahui penyakitnya.

Ummu Khaltom kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadap Riduan dan menetapkan 3 Feb untuk semakan waran tangkap itu selepas Lo gagal menghubungi anak guamnya itu.

Riduan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan kerana merogol budak sekolah itu antara 9 pagi dan 10 pagi pada 18 Feb tahun lepas di tepi jalan dekat Air Terjun Kionsom di Inanam dekat sini. Pada 20 Mei tahun lepas, Riduan memberitahu mahkamah yang dia telah menikahi budak perempuan itu.

Pihak pendakwaan memanggil 19 saksi dalam perbicaraan antara 1 Julai dan 14 November tahun lepas, manakala Riduan, yang tidak diwakili peguam semasa diperintah membela diri, mengemukakan tiga saksi termasuk dirinya.

Riduan menggunakan khidmat Ram selepas perbicaraan bela diri itu berakhir. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan