Mekanik Dituduh Cuba Bakar Ibu Tunggal Dan Dua Anaknya

Diterbitkan: Khamis, 30 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan cubaan membunuh dengan membakar seorang ibu tunggal dan dua anaknya, minggu lepas.

Mohd Afizi Abdul Rahman, 26, didakwa melakukan cubaan membunuh Saliza Saidin, 29, dengan cara membakar mangsa dan dua anaknya iaitu Nur Iris Qalisya, berusia satu tahun tiga bulan dan bayi Nur Fazana, berusia dua bulan.

Mohd Afizi yang bekerja di sebuah kedai basikal didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Perumahan Projek Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak Jaya, Sentul dekat sini pada pukul 1.30 pagi, 21 Januari lepas.

Mohd Afizi yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa ASP Zulkifli Osman tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Mohd Afizi kerana tertuduh terlibat dalam kes dadah.

Hakim Ahmad Bache oleh tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 18 Februari depan untuk sebutan bagi melantik peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan