Sebutan Semula Kes Tuhan Harun Ditetapkan 27 Februari

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi Kuantan di sini menetapkan 27 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat bersama tiga pengikutnya yang dituduh membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Raffli Abd Malek.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Khamizah Salleh mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk membicarakan serentak kes bunuh dan bersubahat membunuh.

Peguam Hermes Media Putra Ibrahim yang mewakili kesemua tertuduh iaitu Harun, 47, isterinya, Azida Mohd Zol, 30, serta pengikutnya, Sumustapha Suradi, 39, dan Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, meminta pihak pendakwaan menyerahkan semua dokumen berkaitan kepada pihaknya bagi memudahkan persiapan kes pembelaan.

Pada 16 Disember tahun lepas, Sumustapha, berasal dari Sabah mengaku tidak bersalah membunuh Ahmad Raffli, 49, di hadapan rumah mangsa di Lorong IM2/29, Bandar Indera Mahkota di sini pukul 1.50 tengah hari 10 Nov lepas bersama dua lagi yang masih bebas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Harun, Azida dan Shaizral Eddie Nizam juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersama-sama Sumustapha dan dua lagi yang masih bebas, bersetuju melakukan konspirasi jenayah yang membawa kepada pembunuhan Ahmad Raffli.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada waktu dan tempat yang sama yang bertentangan dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 120B (1) dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan