Remaja Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Dituduh Membunuh

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Firdaus Mohd Faridul dituduh kerana membunuh tiga beradik perempuan di Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar tahun lalu di bawa meninggalkan Kompleks Mahkamah Alor Setar pada Selasa. - gambar fail
Mohd Firdaus Mohd Faridul dituduh kerana membunuh tiga beradik perempuan di Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar tahun lalu di bawa meninggalkan Kompleks Mahkamah Alor Setar pada Selasa. - gambar fail

ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas tuduhan membunuh seorang remaja perempuan Nov tahun lalu.

Mohd Firdaus Mohd Faridul, 19, dituduh membunuh Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, di kampung Alor Senibong, Mukim Tajar dekat sini, antara pukul 9.30 malam dan 11.30 malam pada 29 Nov 2013.

Tertuduh yang berbaju kemeja-T kuning berbelang mengangguk faham mengenai pertuduhan yang dibacakan ke atasnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada pengakuan direkodkan semasa pertuduhan dibacakan.

Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 4 Mac ini.

Mohd Firdaus hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Wan Noor Hasnita Wan Daud.

Mayat Noor Syafikah Nadia ditemui di kawasan sawah Alor Senibong kira-kira 3.45 petang pada 30 Nov tahun lalu selepas dilaporkan hilang bersama dua lagi adiknya Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, pada 29 Nov 2013.

Pada 1 Dis 2013, mayat adik-adiknya pula ditemui kira-kira 4 petang di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, Langgar kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat kakak mereka ditemui.

Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira pukul 7.30 malam pada 29 Nov untuk ke rumah seorang rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam yang tidak jauh dari kampung mereka, dan tidak pulang-pulang sehingga mayat mereka ditemui. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan