Pengarah Syarikat Pelaburan Emas Didakwa Terima Deposit Tanpa Lesen

Diterbitkan: Jumaat, 24 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang pengarah syarikat pelaburan emas, Worldwide Far East Berhad pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah berjumlah RM3.88 juta.

Datuk Noor Ismahanum Mohd Ismail, 32, didakwa menerima deposit itu melalui skim melibatkan transaksi emas di No.11B, Tingkat 11, Wisma Fok Loi, 38 Jalan Gaya di sini antara 6 Disember 2010 hingga 27 Disember 2010 dan 28 Disember 2010 hingga 23 April 2012.

Tertuduh dan syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 103(1)(a) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM10 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Yong Thain Vun, 46, didakwa bersubahat dengan Noor Ismahanum dan syarikat terbabit untuk menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah pada 6 Disember 2010 hingga 23 April 2012 di tempat sama, mengikut seksyen yang sama.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa daripada Bank Negara Fahmi Abd Moin menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah.

Hakim Azreena Aziz membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan pasport kedua-dua tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan tarikh perbicaraan pada 16 hingga 27 Jun.

Noor Ismahanum diwakili peguam Goldam Hamid manakala peguam Chin Teck Ming mewakili Yong.

Pada 23 Disember 2013, Noor Ismahanum, adiknya, Mohamad Ismahanif, 25, dan syarikat itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 116 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan RM6.85 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan