Tarik Balik Saman Tian Chua Bukan Bererti Umno Beralah - Tengku Adnan - Berita Mahkamah | mStar

Tarik Balik Saman Tian Chua Bukan Bererti Umno Beralah - Tengku Adnan

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Rabu menolak andaian bahawa tindakan menarik balik saman terhadap Naib Presiden PKR Tian Chua dan dua yang lain bermakna Umno beralah dengan pihak yang berniat jahat terhadap parti itu.

Beliau sebaliknya mendedahkan keputusan itu diambil setelah Tian Chua membuat tawaran untuk menyelesaikan saman fitnah itu di luar mahkamah berhubung penyiaran artikel mengenai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata Tian Chua membuat tawaran itu kepada Umno menerusi peguam parti Datuk Mohd Hafarizam Harun dengan kehadiran Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.

"Umno tidak akan sesekali berkompromi atau beralah dengan pihak yang berniat jahat, tetapi dalam kes itu, pihak lawan meminta untuk ia diselesaikan di luar mahkamah dengan kekesalan terhadap apa yang telah dilakukan," tegasnya dalam kenyataan media, di sini Rabu.

Tengku Adnan turut mengemukakan dokumen Perintah Penghakiman Persetujuan antara Umno dan Tian Chua bersama dua lagi individu, yang menyatakan Tian Chua jelas kesal terhadap artikel bertajuk 'Insiden Tembakan di Lahad Datu Konspirasi Terancang Umno' telah dirujuk kepada Umno.

Sementara Editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel, Aisha Geoffrey yang dinamakan sebagai defendan kedua dan ketiga dalam saman fitnah itu telah dengan serta-merta mengeluarkan artikel terbabit daripada laman web mereka.

Tengku Adnan turut menegaskan bahawa walaupun saman fitnah itu selesai, Tian Chua masih lagi berhadapan dengan tuduhan jenayah iaitu hasutan di Mahkamah Sesyen di sini, ekoran laporan polis yang dibuat rakyat berhubung insiden tersebut.

Pada 11 April 2013, Ab Rauf memfailkan saman terhadap Tian Chua, Fazallah Pit dan Aisha Geoffrey berhubung artikel yang diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com pada 1 Mac tahun lepas yang mengaitkan Umno dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Bagaimanapun, Umno menarik semula saman itu pada 13 Januari lalu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan tuntuan saman itu berdasarkan terma yang dipersetujui.

Persetujuan itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di sini Rosilah Yop. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan