Mahkamah Tiada Lagi Bidang Kuasa Dengar Petisyen Pilihan Raya PKR - Peguam

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Pilihan Raya pada Rabu diberitahu ia tidak lagi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar petisyen pilihan raya yang difailkan PKR untuk membatalkan keputusan bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh berkata ia kerana tempoh enam bulan bagi mahkamah mendengar kedua-dua petisyen pilihan raya itu telah berakhir.

Firoz Hussein berhujah Seksyen 35A Akta Kesalahan Pilihan Raya (EOA) 1954 memperuntukkan tempoh enam bulan dari tarikh petisyen difailkan.

"Memandangkan petisyen difailkan pada 11 Jun tahun lepas, tempoh enam bulan itu berakhir pada 10 Disember tahun lepas," katanya dan menambah responden (Ahmad Zahid) membangkitkan lima isu dalam bantahan awalnya untuk pertimbangan mahkamah.

Sehubungan itu beliau berkata mahkamah sepatutnya membatalkan dua petisyen yang difailkan calon PKR Madhi Hasan dan pengundi, Azmi Sulaiman terhadap Ahmad Zahid.

Firoz Hussein juga berkata pempetisyen gagal mematuhi Seksyen 38 EOA berdasarkan petisyen itu tidak dibentangkan dalam tempoh 28 hari, had yang diperuntukkan.

Beliau juga menegaskan bahawa tuduhan rasuah terhadap responden oleh pempetisyen (Madhi) tidak jelas dan kekurangan fakta.

Seorang lagi peguam yang mewakili Ahmad Zahid, Datuk Mohd Hafarizam Harun berhujah pempetisyen (Azmi) memfailkan petisyen itu pada asas pramatang.

Mohd Hafarizam berkata petisyen yang difailkan pada 11 Jun 2013 adalah cacat kerana ia difailkan melebihi tempoh sekiranya ia bergantung kepada dakwaan melakukan amalan menyalahi undang-undang berhubung pembayaran wang pada 19 April tahun lepas.

Madhi dan Azmi memfailkan petisyen itu terhadap Ahmad Zahid memohon keputusan pilihan raya itu diisytiharkan batal dan tidak sah.

Perbicaraan di hadapan Hakim Pilihan Raya Datuk Hasnah Mohammed Hashim bersambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan