Bicara Taksiran Ganti Rugi Kes Saman Johan Raja Lawak Ditetap 28 April

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 28 April untuk perbicaraan taksiran ganti rugi dalam kes saman Johan Raja Lawak dan isterinya terhadap seorang pengarah dan syarikat penerbitan.

Hakim Datuk Su Geok Yiam menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Suhaimi Saad yang mewakili Johan atau Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz dan peguam Baljit Singh bagi pihak Mohd Javed Mohd Nizar serta syarikat penerbitan Juara Filem Production Sdn Bhd.

Pada 7 Januari lalu mahkamah membenarkan tuntutan saman Johan dan isterinya Rozlinawaty Ismail.

Mereka memfailkan saman itu pada 18 Julai 2010 terhadap kedua-dua defendan dengan mendakwa Mohd Javed telah mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada pada 11 Mei 2010.

Mereka menuntut RM1 juta sebagai ganti rugi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan