Pengerusi Pengurusan Kondominum Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah RM320,000 - Berita Mahkamah | mStar

Pengerusi Pengurusan Kondominum Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah RM320,000

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi pengurusan sebuah kondominium mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan pecah amanah terhadap dana syarikat lebih RM320,000.

Yong Chee Keen, 38, didakwa pada Rabu terhadap dua pertuduhan kerana melakukan jenayah pecah amanah semasa memegang jawatan sebagai pengerusi syarikat Savana Condominium Joint Management Body (JMB).

Beliau dituduh kerana menyeleweng sejumlah RM244,350 antara 24 November 2011 dan 21 November 2012, dan RM75,200 antara 8 Disember 2012 dan 7 Mac 2013.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di pejabat JMB Savana Condominium di Jalan 1/155A, Bukit Jalil di sini.

Jika disabitkan kesalahan, Yong berhadapan dengan hukuman maksimum penjara 20 tahun, sebatan dan denda di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Yong diwakili peguam C.W. Chan, manakala Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri melakukan pendakwaan.

Hakim Murtazadi mengarahkan ikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan21 Februari untuk tarikh sebutan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan