'Sultan Melaka' Dibebas Dengan Jaminan Polis

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ahli perniagaan yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' pada Selasa dibebaskan dengan jaminan polis setelah ditahan pada 14 Jan lepas bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaannya itu.

Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata Noor Jan Tuah dibebaskan selepas tahanan reman ke atasnya tamat hari ini.

"Kes masih dalam siasatan terutamanya berkenaan dakwaannya mendapat surat pengesahan daripada ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa), yang kita perlukan kerjasama daripada Pejabat Peguam Negara untuk pastikan dakwaan itu benar atau tidak.

"Kita akan mohon bon mahkamah bagi memastikan beliau tidak menganjurkan majlis atau aktiviti berkaitan kesultanan sehingga siasatan ini selesai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Noor Jan, 57, ditahan pada 10.50 pagi di Jeti Anjung Batu Umbai, Jasin sebelum sempat menaiki bot ke Pulau Besar untuk melakukan aktiviti bersama-sama 'pengikutnya'.

Pada Rabu lepas, polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret untuk menahan reman ahli perniagaan itu selama empat hari dan mendapat kebenaran daripada mahkamah sama untuk menyambung reman selama tiga hari lagi pada Sabtu lepas.

Shah Gzali Khan berkata pihak polis boleh memanggil Noor Jan pada bila-bila masa untuk siasatan lanjut.

Surjan Singh Sidhu, yang mewakili Noor Janm berkata anak guamnya dibebaskan tanpa dikenakan apa-apa syarat dan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak polis dalam siasatan kes itu.

Terdahulu, Noor Jan yang berbaju merah bercorak kotak, berseluar coklat muda dan memakai topi hitam, dilihat keluar dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka pada 12.50 tengah hari dengan menaiki kereta BMW berwarna biru tua selepas menyelesaikan urusan jaminan itu. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan